suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita sindir jiran di media sosial, mampu korbankan lembu tapi kedekut beri pinjam wang... “Allah melihat hatimu”

Seorang wanita menyindir jirannya kerana enggan memberi pinjam wang.

GARA-GARA sakit hati tidak diberi pinjam wang, seorang wanita bertindak menyindir jirannya di media sosial.

Sambil menggelarkan jirannya sebagai bakhil, wanita tersebut menyindir tetangganya itu yang telah mengorbankan seekor lembu sempena Hari Raya Aidiladha tetapi enggan meminjamkan wang kepadanya.

"Tak guna korban lembu kalau jiran masih kedekut," tulis wanita berkenaan di status laman sosialnya.

Wanita itu turut mendedahkan bahawa jirannya selalu mengelak jika dia ingin meminjam wang.

"Apabila tiba masa diminta pinjam wang, dia mengelak dan berbohong. Allah melihat hatimu," tulisnya lagi.

Perkongsiannya menjadi tular malah dibanjiri dengan komen netizen yang melontarkan pelbagai reaksi.

"Pahala orang yang meminjamkan wang kepada orang lain jauh lebih besar.

"Kenapa nak marah, itu hak orang, tak bagi pinjam atau tidak," demikian antara komen warga maya. -Detik

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain