suria

Warga emas berjaya genggam ijazah selepas 54 tahun bergelar siswa

Lelaki ini berjaya menamatkan pengajian ijazah ketika berumur 71 tahun.

BELAJAR sehingga ke liang lahad kerana ilmu itu tidak akan pernah habis.

Begitulah kisahnya untuk seorang warga emas ini apabila selepas lima dekad akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah.

Ini sekali gus menjadikan dia penuntut universiti paling lama untuk menamatkan pengajian.

Arthur Ross, 71, memulakan pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera di Kampus Vancouver, Universiti British Columbia (UBC) sejak 1969.

Ini bermakna dia mengambil masa 54 tahun untuk menamatkan pengajiannya iaitu lebih lama daripada pemegang Rekod Dunia Guinness, Robert FP Cronin.

Cronin dilaporkan memulakan ijazah biologinya di Universiti Princeton pada 1948 sebelum menamatkan pengajiannya pada 2000.

Ross berkata, bukan tujuannya mahu memegang gelaran rekod dunia, namun ilmu yang diperolehnya adalah ganjaran sebenar.

"Saya mahu belajar sebab saya hendak tahu. Keinginan untuk belajar itulah menjadi inspirasi untuk saya menamatkan pengajian selepas bertahun-tahun.

"Saya sudah menghadiri semua majlis konvokesyen anak, kini tiba giliran saya dan saya teruja berjalan di atas pentas menggenggam ijazah," katanya. - Hindustan Times

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain