suria

Suami sedap ‘makan luar’, isteri di rumah kena bala... Kes HIV libatkan wanita hamil, suri rumah meningkat

Kes melibatkan ibu hamil dan suri rumah dijangkiti HIV di Bogor menunjukkan peningkatan. Gambar sekadar hiasan

KES membabitkan suri rumah dan ibu hamil yang dijangkiti virus HIV di Daerah Bogor, Indonesia menunjukkan trend yang semakin meningkat.

Data dari Yayasan Institut Kajian Strategik (Lekas) menunjukkan, terdapat 428 kes HIV membabitkan golongan berkenaan pada 2021 dan jumlah itu meningkat kepada 747 kes pada 2022.

Ketua yayasan, Muksin ZA berkata, punca kepada peningkatan kes HIV membabitkan golongan berkenaan disebabkan kebanyakan suami mangsa yang gemar melanggan pekerja seks.

"Wanita hamil dan suri rumah terdedah kepada pasangan yang mempunyai tingkah laku seksual berisiko," ujarnya sambil menegaskan, kerajaan perlu mengambil perhatian serius berhubung perkara berkenaan.

Sementara itu, kata Muksin, Kementerian Kesihatan mendapati terdapat sekitar 5,100 kes baharu suri rumah yang dijangkiti HIV setiap tahun.

Daripada jumlah berkenaan, ujarnya, 33 peratus kaum suri rumah cenderung disahkan positif HIV. - Radarbogor

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain