suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki mabuk ‘bual hal’... Tunjuk kemaluan, mahu rogol semua wanita di kawasan kejiranan

Suspek didakwa membuat kekecohan di kawasan kejiranan. foto Facebook/ ข่าวเวิร์คพอยท์ 23

SEORANG wanita membuat laporan polis selepas diganggu seorang lelaki mabuk yang membuat ancaman untuk merogol mana-mana wanita di kawasan itu.

Kejadian berlaku berdekatan dengan rumah mangsa di Buriram, Thailand.

Suspek berusia 55 tahun didakwa berdiri berhampiran dengan rumah mangsa dan mempamerkan kemaluannya.

Dia kemudian menjerit mahu merogol semua wanita di kawasan kejiranan.

Polis bergegas ke lokasi kejadian dan menemui suspek yang mabuk dan menunjukkan kemaluan.

Mereka kemudian memeriksa guni milik suspek dan mendapati ia penuh dengan dawai elektrik yang dicuri.

Suspek ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Susulan keterangan ahli keluarga, pihak polis memaklumkan suspek mempunyai ketagihan mengambil minuman beralkohol dan sering mencuri. - Thaiger

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain