suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usia rumah tangga tak panjang, wanita minta 'pampasan' dari jurugambar majlis perkahwinan

Jurugambar majlis perkahwinan pastinya mempunyai pelbagai pengalaman berurusan dengan pelanggan. (Gambar hiasan, Freepik)

SETIAP manusia pelbagai gelagatnya.

Begitulah kisahnya untuk wanita ini yang menuntut pulangan bayaran foto perkahwinan dengan alasan sudah berpisah dengan suaminya.

Wanita warganegara Afrika Selatan itu pergi berhadapan dengan jurugambar perkahwinannya empat tahun selepas majlisnya berlangsung.

Melalui perbualan di WhatsApp, wanita itu bertanyakan sama ada jurugambar itu mengingati dia pernah merakam gambar perkahwinannya di Durban, Afrika Selatan pada tahun 2019.

"Saya sekarang sudah bercerai dan saya tak perlukan lagi gambar saya dan bekas suami.

"Anda sudah membuat kerja dengan baik tetapi sia-sia kerana kami kini bercerai.

"Saya mahukan semula bayaran yang kami buat dulu kerana kami tidak perlukan lagi gambar ini," katanya.

Jurugambar itu, Lance Romeo yang berkongsi tangkap layar perbualan itu di Twitter berkata, pada mulanya dia menyangka wanita itu hanya bergurau.

"Saya akhirnya menyedari rupanya memang dia serius dengan permintaannya termasuk mahu mengupah peguam.

"Dia mahu saya pulangkan sekurang-kurangnya 70 peratus daripada jumlah bayaran.

"Tetapi, saya terpaksa menolak permintaan luar biasa wanita itu kerana ia tidak masuk akal," katanya.

Malah, bekas suami wanita berkenaan turut menghubungi jurugambar itu dan memohon maaf bagi pihak bekas isterinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain