suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! Kakak ditemukan maut dengan perut terburai, tangan hampir putus ditetak... Rupanya gaduh dua beradik

Mangsa ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi pergaduhan.

AKSI ganas dua beradik yang saling melibas parang berakhir tragedi apabila salah seorang daripadanya maut di Daerah Samosir, Indonesia.

Menurut laporan Tribune Medan, kedua-dua beradik yang berusia 47 dan 44 tahun itu dipercayai mempunyai masalah keluarga yang mendorong mereka bergaduh.

"Berdasarkan maklumat, pada awalnya mangsa Baringin Manullang dan adiknya Mardame hanya bertengkar mulut.

"Namun tanpa disedari kedua-dua mereka sudah memegang parang dan saling melibas antara satu sama lain.

"Disebabkan itu, jiran berhampiran tidak berani untuk meleraikan masalah kerana khuatir menjadi sasaran," lapornya.

Pergaduhan yang semakin rumit itu mengakibatkan Baringin maut selepas tangan dan perutnya terkena libasan parang.

Dia ditemukan kira-kira 200 meter dari lokasi kejadian.

Susulan itu, polis menahan Mardame bagi membantu siasatan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain