suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Demi pembedahan plastik, jururawat ditahan polis... Padah curi identiti pesakit alzheimer buat kad kredit

Demi pembedahan plastik, jururawat mencuri identiti warga emas pesakit alzheimer.

DEMI kelihatan cantik, seorang jururawat wanita sanggup menipu pesakitnya yang menghidap penyakit alzheimer sehingga mengakibatkan kerugian berjumlah kira-kira RM31,223 ($7,000).

Difahamkan, suspek, Tiffany Acuna, 31, mencuri identiti warga emas berusia 88 tahun itu sebelum membuat kad kredit menggunakan nama wanita berkenaan.

Dia kemudiannya membayar setiap prosedur pembedahan plastik termasuk membesarkan punggung.

Menurut Syerif Daerah Volusia, siasatan dibuka selepas mangsa menerima bil kad kredit yang mengejutkan pada 4 April.

Susulan itu Acuna ditahan pada 28 April (Jumaat) dan didakwa kerana melakukan penipuan serta kecurian besar.

Acuna yang juga dikenali sebagai Tiffany Kent, didakwa menghubungi suami mangsa ketika siasatan sedang dijalankan dan memintanya bersetuju dengan pelan pembayaran balik 'untuk mencegah pendakwaan'. - Daily Mail

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain