suria

Hamil selepas jalin hubungan sulit dengan bapa saudara, wanita berstatus isteri orang maut ditetak

Elakkan diri daripada melakukan perbuatan salah bagi menghindari perkara tidak baik. -Gambar hiasan.

TRAGIS! Mayat seorang wanita ditemukan di bawah jambatan yang berhampiran dari rumah mangsa.

Memetik laporan Regional Kompas, pada 5 Februari lalu, mangsa telah keluar dari rumah untuk mengambil wang yang dikirimkan si suami yang bekerja di luar negeri.

Namun sehingga jam 8 malam, mangsa berusia 26 tahun itu masih belum pulang dan perkara tersebut membuatkan ahli keluarga mula bimbang.

Ahli keluarga kemudiannya cuba mencari mangsa di sekitar kampung di di Kubu Raya, Kalimantan Barat, Indonesia.

Namun, pada jam 11:30 malam, mereka dimaklumkan tentang penemuan mayat mangsa di bawah jambatan.

Terdapat kesan luka dan tetakan pada bahagian leher mangsa bersama motosikal mangsa di tempat kejadian.

Susulan daripada penemuan mayat tersebut, polis telah menahan seorang lelaki yang merupakan bapa saudara kepada suami mangsa.

Ketika disoal siasat, suspek mengaku membunuh mangsa atas alasan mangsa memintanya untuk bertanggungjawab atas kehamilannya.

Dalam diam, mereka mempunyai hubungan sulit sehingga mangsa hamil tetapi bagaimanapun suspek enggan bertanggungjawab sebaliknya nekad membunuh mangsa.

Menurut sumber, selepas melakukan pembunuhan tersebut, suspek kerap berpindah untuk melarikan diri namun akhirnya berjaya diberkas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain