suria

Budak lelaki 10 tahun tercabut kulit akibat diserang, keluarga mangsa bakal saman pemilik anjing

Kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan serius pada bahagian perut dan lengannya.

SEORANG budak lelaki berusia 10 tahun bakal berparut seumur hidup selepas kulitnya tercabut setelah diserang seekor anjing.

Keluarga kanak-kanak itu memutuskan untuk menyaman pemilik anjing jenis terrier tersebut.

Giorgi Fulbirg-Taylor telah diserang ketika bermain bola sepak bersama abang dan rakan-rakannya di sebuah taman di Bradford, West Yorkshire.

Kumpulan kanak-kanak itu mula melarikan diri selepas anjing tersebut secara tiba-tiba bertindak ganas dengan memecahkan bola sepak mereka.

Abang Giorgi iaitu Blake, 15 bersama rakannya Jimmy Kennadie Kerridge, 15, yang mendengar jeritan Giorgi yang digigit di lengan, cuba untuk membantu.

Ahli keluarga Giorgi telah mengarahkan peguam pakar, Slee Blackwell Solicitors untuk memulakan tuntutan sivilnya terhadap pemilik anjing itu.

Kanak-kanak lelaki itu mengalami kecederaan serius pada bahagian perut dan lengannya akibat daripada serangan tersebut.

Polis West Yorkshire telah mengesahkan perintah pemusnahan sedang dilakukan untuk anjing itu yang kini disimpan di tempat perlindungan.

Satu fail telah diserahkan kepada CPS berhubung dengan seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 45 tahun yang kedua-duanya berasal dari Bradford - MIRROR.CO

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain