suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah bawa tengkorak manusia atas pentas, lelaki maut ditembak di kepala

Mangushev pernah mencetuskan kontroversi kerana membawa tengkorak manusia ke pentas pada Ogos tahun lepas.

SEORANG lelaki yang pernah membawa tengkorak manusia ke atas pentas ditembak berkali-kali pada bahagian kepala sehingga maut, baru-baru ini.

Lelaki yang dikatakan ahli propaganda dan penyokong Vladimir Putin itu ditembak oleh individu tidak dikenali atas motif balas dendam kerana tindakannya.

Mangsa, Igor Mangushev, 35, berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak di wilayah yang dikuasai Rusia sebelum dia disahkan meninggal dunia.

Pada Ogos tahun lalu, Mangushev dilaporkan dirakam di atas pentas sambil membawa tengkorak seorang pejuang Batalion Azov.

ARTIKEL BERKAITAN: Terdesak nak kaya, 2 pelajar bunuh rakan! Terpengaruh iklan jual organ tawar ganjaran lumayan

Dalam video itu dia berkata: “Kami masih hidup dan lelaki ini sudah mati.

"Biarkan dia terbakar dalam neraka. Dia tidak bernasib baik. Kami akan membuat piala daripada tengkoraknya."

Penembakan Mangushev dianggap sebagai amaran kepada "sekutunya" Yevgeny Prigozhin, ketua tentera peribadi Wagner dan salah seorang sekutu terdekat Putin.

Isteri Mangushev, Tatiana Azarevich berkata mangsa ditembak dari jarak dekat oleh pelaku kes bunuh itu.

“Pada malam 3 hingga 4 Februari, suami saya cedera di kepala ditembak dalam keadaan yang tidak diketahui semasa berada di Stakhanov, Republik Rakyat Luhansk," ujar isterinya. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain