suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Subvarian ‘Kraken’ pula muncul, WHO beri amaran ia mudah berjangkit

Kraken dianggarkan bermula antara November dan Disember 2022 di atau sekitar New York.

SUBVARIAN Omicron baharu, yang telah muncul di beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS), kini menimbulkan kebimbangan ramai.

Subvarian baharu ini secara rasmi digelar 'XBB.1.5' atau dikenali sebagai 'Kraken' dan merupakan hasil serpihan daripada dua varian lain yang bergabung bersama iaitu BA.2.75 dan BA.2.10.1.

"XBB.1.5 ialah subvarian yang mudah berjangkit yang berjaya dikesan," kata Ketua Teknologi Covid-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Maria Van Kerkhove.

Subvarian itu dianggarkan bermula antara November dan Disember 2022 di atau sekitar New York.

Ia dianggap menjadi penyebab berlakunya peningkatan sehingga 41 peratus kes Covid-19 semasa, menurut data dari Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS.

Selepas AS, subvarian itu turut dilaporkan di seluruh Eropah, Australia dan sebahagian Asia Tenggara. - Euronews.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain