suria

Mahu ada peneman di rumah, pesara berhabis RM13,000 upah orang buat patung mendiang isteri

Sandilya bersama replika patung mendiang isterinya, Indrani.

SEORANG pesara membelanjakan £2,500 (RM13,050) untuk membuat replika patung silikon mirip isterinya yang telah meninggal dunia, bagi menemaninya di rumah.

Tapas Sandilya, 66, dari Kaikhali, India berkata, dia mengupah seseorang untuk membuat patung berkenaan kerana ia adalah permintaan mendiang isterinya sendiri, Indrani.

Pembuat patung berkenaan, Subimal Das, 46, mengambil masa enam bulan untuk menyiapkan patung seberat 30 kilogram itu.

Kini, patung Indrani lengkap dengan perhiasan barang kemas dan sari sutera yang dipakainya pada majlis resepsi perkahwinan anak lelaki mereka.

Indrani berusia 59 tahun ketika dia meninggal dunia di hospital akibat dijangkiti Covid-19, manakala suaminya, Sandilya pula terpaksa menjalani kuarantin di rumah.

"Kami pernah melawat sebuah kuil di Mayapur kira-kira 10 tahun lalu dan kagum dengan patung di kuil tersebut.

"Indrani kemudian memberitahu, dia mahukan patung yang serupa jika dia meninggal dunia sebelum saya.

"Isteri saya meninggal dunia pada 4 Mei 2021 dan saya hanya mahu menunaikan hajatnya,"cerita Sandilya. - Dailystar

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain