suria

Gara-gara anjing peliharaan tertelan batu, pemilik tergamam perlu bayar RM32,000 untuk kos pembedahan

Anjing bernama milo ini tertelan batu dan memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya.

SEBUAH keluarga dikejutkan dengan bil berjumlah 7,000 Euro (RM32,000) selepas anjing peliharaan mereka melalui pembedahan kritikal.

Pembedahan di klinik veterinar itu adalah untuk menyelamatkan nyawa anjing tersebut yang tertelan batu.

Segalanya bermula apabila anjing berbaka Weimaraner yang diberikan nama Milo itu muntah darah.

Pemilik Milo yang kerisauan segera membawa Milo ke hospital di mana veterinar mengesyaki dia telah memakan benda yang tidak sepatutnya.

Anjing berumur empat tahun yang sememangnya lincah itu telah mengunyah stokin dan ketika melalui imbasan, seketul batu dikesan pada bahagian usus bawah.

Pemilik Milo, Owner Shannon berkata haiwan peliharaannya perlu menjalani pembedahan sebanyak dua kali dan mereka sedia maklum tentang jumlah kos yang diperlukan.

"Mereka memberikan saya pilihan sama ada membawa Milo pulang dengan ubat tahan sakit atau biarkan dia di klinik di bawah pemerhatian.

"Sudah tentu kami pilih untuk tinggalkan Milo kerana kami nak tahu apa yang terjadi dengan Milo.

"Malam itu kami menerima panggilan telefon mengatakan dia memerlukan pembedahan untuk mengeluarkan batu yang ditelan," katanya.

Shannon berkata Milo sedang berada dalam keadaan baik tetapi enggan berehat kerana sentiasa mahu bermain. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain