suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

‘TikToker’ berlakon cacat, guna kerusi roda kerana malas beratur di lapangan terbang

Orang ramai berpura-pura memerlukan kerusi roda dan menyiarkannya di TikTok.

SATU taktik memalsukan kecacatan pada diri di sebuah lapangan terbang tular di TikTok baru-baru ini.

Ia merupakan satu ‘akses’ mudah jalan pintas menggunakan sokongan kerusi roda bagi menaiki lapangan terbang.

Ketua eksekutif syarikat, John Holland-Kaye menyalahkan media sosial atas kekecohan dan kesesakan perjalanan yang berterusan di lapangan terbang di Heathrow, United Kingdom (UK).

“Penumpang berpura-pura berlakon seperti seorang yang kurang upaya untuk mengelakkan menunggu barisan panjang semasa percutian musim panas.

“Permintaan kerusi roda telah meningkat dengan ketara sejak taktik ini didedahkan di TikTok,” katanya.

Seorang pengguna pura-pura mencederakan kakinya untuk melalui kawalan keselamatan lebih cepat dalam pesawat pulang dari Ibiza, Sepanyol.

Salah seorang lagi berkongsi panduan ‘langkah demi langkah’ di media sosial yang menunjukkan cara membuat kaedah dengan penuh keyakinan ia bakal berjaya.

Menurut ketua eksekutif di lapangan terbang Birmingham, UK, turut melaporkan peningkatan 20 peratus penumpang yang meminta bantuan kerusi roda. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain