suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu gadai nyawa anak semata-mata mahu ambil sari terjatuh di tingkat 9 pangsapuri

Aksi berani seorang remaja bergayut pada kain cadar dari balkoni tingkat 10 menjadi tular di media sosial.

HANYA kerana mahu mengambil kain sari yang terjatuh, seorang ibu sanggup membahayakan nyawa anaknya sendiri!

Klip video 'ngeri' itu memaparkan seorang remaja bergayut di balkoni tingkat 10 di sebuah pangsapapuri di Faridabad, India, menggunakan kain cadar untuk turun ke tingkat sembilan bagi mengambil sari ibunya.

Dilaporkan, kain sari itu terjatuh di balkoni rumah yang berkunci di tingkat sembilan.

Menerusi video itu juga, kelihatan si ibu dan beberapa ahli keluarga remaja tersebut menariknya menggunakan kain cadar ketika dia cuba mengambil sari di unit bawah.

Kejadian itu dirakam oleh seorang penduduk yang menghuni bangunan bertentangan.

Video tersebut yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan netizen terhadap tindakan 'bodoh' keluarga remaja terbabit.

"Dia (ibu) sepatutnya menghubungi pekerja penyelenggaraan bangunan dan bukannya melakukan sesuatu yang sangat berbahaya," kata mereka. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain