suria

Pemandu Lamborghini parah ditembak lelaki bersenjata, selamatkan diri naik Rolls-Royce

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian. foto Daily Star

SEORANG lelaki berusia 20-an cedera parah selepas ditembak di sebuah jalan di Sheffield, United Kingdom, pada Isnin.

Polis menerima panggilan pukul 1.40 pagi waktu tempatan berhubung insiden seorang lelaki ditembak di Ecclesall Road, Sheffield.

Menurut laporan polis, mangsa memandu sebuah kereta Lamborghini hitam sebelum tembakan dilepaskan ke arah kenderaan itu.

Mangsa kemudian meninggalkan keretanya dan menyelamatkan diri, dengan menaiki Rolls-Royce berwarna putih bersama dua individu di dalamnya.

Ketiga-tiga mereka kemudian menuju ke Kelab Ragbi Sheffield sebelum menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Polis tiba di lokasi kejadian dan mangsa dibawa ke hospital menggunakan ambulans selepas mengalami kecederaan parah akibat tembakan.

Lamborghini ditemui dengan kesan tembakan di Jalan Whirlowdale berhampiran lokasi kejadian.

Polis turut menemui kerosakan sama pada kereta Rolls-Royce, namun dua lagi penumpang tidak mengalami kecederaan.

Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berikut

Artikel Lain