suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempar anak kambing lahir dengan mata di tengah dahi

Seekor anak kambing dilahirkan aneh di Turki. foto Newsflash

SEBUAH ladang ternakan di Turki digemparkan dengan penemuan seekor kambing mutan yang mempunyai mata di tengah dahi.

Ahmet Kartal, 40, berkata, sepanjang dia menternak haiwan selama 25 tahun di kampung Gokmusa, di wilayah Kilis,dia tidak pernah melihat sesuatu seperti kambing bermata satu.

Kartal menjelaskan bahawa dia menyedari perkara itu selepas memeriksa haiwan ternakannya dan mendapati seekor anak kambing dilahirkan.

Memeriksa dengan lebih dekat, dia mendapati mata haiwan itu 'tertanam' di tengah-tengah dahinya, seperti cyclops iaitu makhluk yang menakutkan daripada mitologi Yunani.

"Saya melakukan kerja ternakan ini selama 25 tahun. Ini kali pertama saya berdepan dengan perkara seperti ini. Saya tidak pernah melihat atau mendengar perkara seperti itu.

"Orang ramai yang melihatnya juga terkejut. Saya tidak boleh menanganinya, saya mahu pihak berkuasa mengambilnya dan memastikan ia hidup," kata Kartal.

Wakil Jabatan Perubatan Veterinar Universiti Hatay Mustafa Kemal, Dr Ahmet Uyar berkata, mata tengah kambing itu berpunca daripada perkembangan dipanggil cebocephaly.

Anomali perubatan menyebabkan dua mata yang berasingan rapat bersama hidung yang rata dengan satu lubang. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain