suria

Gempar! Anak kambing dilahirkan berwajah manusia, dipuja penduduk kampung

Anak kambing tersebut hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan.

PENDUDUK di sebuah kampung di Gujarat, India gempar apabila seekor anak kambing dilahirkan dengan wajah seperti manusia.

Anak kambing tersebut dilahirkan di sebuah rumah penduduk kampung yang bekerja sebagai petani.

Ia mempunyai empat kaki dan telinga sama seperti kambing normal, namun bahagian wajahnya kelihatan seperti manusia di mana ia mempunyai dahi, mata, mulut dan janggut.

Bagaimanapun, haiwan aneh tanpa ekor itu hanya mampu hidup selama 10 minit selepas dilahirkan.

Terdahulu, video dan gambar haiwan aneh itu menjadi viral di internet yang memaparkan penduduk kampung memujanya kerana mempercayai ia adalah kelahiran semula nenek moyang mereka.

Menerusi rakaman tersebut, kelihatan anak kambing itu diletakkan di atas sehelai kain dan dikelilingi penduduk kampung yang melakukan pemujaan sebelum menanamnya.

Di India, adalah menjadi kebiasaan apabila haiwan aneh dipuja kerana mengaitkannya dengan jelmaan dewa. - India.com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain