suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Putera Harry bakal pulang ke UK tanpa isteri untuk hadiri pengebumian Putera Philip

Putera Harry dijangka pulang ke UK bersendirian. Foto: WPA Pool Getty Images

KEMATIAN Putera Philip, suami kepada Ratu Elizabeth II ternyata mengejutkan ramai.

Dalam perkembangan terbaharu, Putera Harry disahkan bakal pulang ke Windsor, United Kingdom (UK) untuk mengikuti pengebumian tersebut yang bakal berlangsung pada 17 April ini.

Isterinya, Meghan Markle bagaimanapun tidak akan pulang kerana sedang sarat mengandung.

Difahamkan, pengebumian akan dilangsungkan di St. George's Chapel di Istana Windsor.

Putera Philip yang berkahwin dengan Ratu Elizabeth II pada tahun 1947 meninggal dunia pada usia 99 tahun.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai empat anak, lapan cucu dan 10 cicit. - Harpers Bazaar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain