suria

Lelaki berusia 31 tahun punyai minat pelik, lebih tertarik kepada wanita tua - “Saya suka gigi palsu dan bau mereka”

Kyle mendedahkan minta peliknya dalam sebuah rancangan, TLC. Foto: Dailystar

SETIAP individu pasti mempunyai ciri-ciri wanita idaman masing-masing.

Boleh dikatakan majoriti kaum Adam lebih meminati wanita muda yang mempunyai tubuh badan dan wajah yang menarik, namun lain pula halnya dengan lelaki ini.

Lelaki bernama Kyle, 31, dari Pittsburgh mengakui dia lebih tertarik dengan wanita tua kerana bau, uban dan gigi palsu mereka.

Bukan itu sahaja, menerusi rancangan televisyen TLC dengan tajuk My Strange Addiction (ketagihan pelik), Kyle bercerita mengenai ketaksubannya dengan wanita berusia dan mendedahkan wanita pada usia tersebut hebat ketika di bilik tidur.

"Saya suka segala-galanya mengenai wanita yang lebih tua, saya suka bau mereka, saya suka perasaan mereka, saya suka mentaliti mereka," katanya.

Lelaki tersebut turut mendedahkan dia pertama kali tertarik dengan wanita berusia ketika berada di Gred 6.

"Ada seorang guru yang sangat seksi dan dia mungkin berusia 65 tahun. Dia mempunyai rambut platinum dan dia sangat cantik," katanya.

Kyle berpendapat, wanita seusianya tidak menarik dan belum benar-benar matang. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain