suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis datang rumah agam Putera Harry, Meghan 9 kali dalam 9 bulan... apa berlaku sebenarnya?

Wawancara Putera Harry (kiri) dan Meghan (tengah) bersama Oprah Winfrey. foto PA

RUMAH agam milik Putera Harry dan Meghan Markle di selatan California, Amerika Syarikat (AS) telah didatangi pasukan polis sebanyak sembilan kali dalam tempoh sembilan bulan.

Pejabat polis Santa Barbara County menerima beberapa panggilan telefon, pengaktifan penggera dan jenayah harta benda sejak pasangan itu berpindah ke kediaman mereka di Montecito sejak Julai tahun lalu.

Mereka mendiaminya bersama anak lelaki berusia setahun, Archie.

Data tersebut diperoleh berdasarkan undang-undang Kebebasan Maklumat oleh agensi berita PA, yang dikeluarkan setelah pasangan itu berkongsi kebimbangan mengenai keselamatan mereka dalam wawancara kontroversi bersama pengacara, Oprah Winfrey.

Pasukan polis dipanggil sebanyak empat kali pada Julai tahun lalu selepas Harry dan Meghan bepindah ke Montecito dari Los Angeles.

Mereka menjadikannya sebagai tempat tinggal sementara sejak meninggalkan Kanada ketika awal pandemik Covid-19.

Satu panggilan disenaraikan sebagai permintaan menerusi panggilan telefon, manakala yang lain dilabelkan sebagai pengaktifan penggera.

Kesemua insiden berlaku pada awal pagi.

Panggilan terbaharu yang diterima mereka adalah pada pukul 2.21 pagi waktu tempatan 16 Februari tahun ini, dan ia disenaraikan sebagai pengaktifan penggera.

Keselamatan pasangan itu menjadi perhatian berikutan wawancara mereka bersama Oprah pada Mac. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain