suria

Penduduk kampung berhimpun, lakukan ritual aneh untuk hidupkan kembali mayat

Kelihatan beberapa penduduk kampung menjalankan ritual untuk menghidupkan kembali mayat seorang lelaki. Foto: Jam Press/India Photo Agency

PENDUDUK di sebuah kampung menjalankan ritual aneh apabila cuba menghidupkan kembali orang yang sudah meninggal dunia.

Menerusi rakaman klip yang tular, kelihatan penduduk mengelilingi mayat Rabi Nahak dan cuba menekan-nekan dadanya dengan harapan lelaki itu kembali bernafas.

Tidak lama kemudian, seorang daripada penduduk menuangkan air dari sebuah tempayan kecil ke bahagian wajah dan tubuh mayat Nahak yang ditutupi bunga-bungaan.

Mereka juga menyeru-nyeru dewa sambil membunyikan loceng.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung di Odisha, timur India.

Ritual tersebut turut disaksikan ratusan penduduk kampung yang berhimpun mengelilingi mayat.

Nahak terdahulu jatuh sakit dan dibawa ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Kaum keluarga mendiang enggan terus membawaya ke rumah mayat sebaliknya memutuskan untuk mencuba menghidupkannya kembali sebagai sebahagian dari ritual.

Walaupun beberapa kali mencuba, penduduk kampung ternyata tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menghidupkan kembali lelaki itu. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain