suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak lelaki merayau sendirian, ditemui menangis minta tolong di sempadan

Dia datang dengan sekumpulan individu, namun dibiarkan sendirian tanpa hala tuju.

PIHAK berkuasa menemui seorang kanak-kanak lelaki sedang merayau di kawasan sempadan antara Amerika Syarikat (AS) dan Mexico.

Ketika dihampiri pegawai sempadan AS, dia kelihatan seolah-olah mahu meminta pertolongan.

Selepas disoal, dia mendedahkan kisah sedih diabaikan kumpulan yang disertainya dan mengakui risau sekiranya menjadi mangsa culik.

"Sesiapa sahaja boleh culik saya. Saya takut," kata kanak-kanak itu menerusi video yang turut dikongsi menerusi Facebook.

Tambahnya lagi, dia sebelum itu datang dengan sekumpulan individu, namun dibiarkan sendirian tanpa hala tuju.

Tambah kanak-kanak itu, ibu bapanya bagaimanapun tidak menyertai kumpulan itu yang dipercayai bergerak untuk memasuki sempadan AS.

"Kumpulan itu akhirnya biarkan saya sendiri. Saya di sini untuk minta tolong," ujarnya lagi. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain