suria

Pedofilia umur 54 tahun berkenalan dengan kanak-kanak menerusi permainan Fortnite, kantoi hantar video lucah

Kes itu berlaku antara Ogos sehingga Oktober tahun lalu.

SEORANG lelaki berusia 54 tahun didapati bersalah atas tuduhan jenayah seksual ke atas seorang kanak-kanak.

Jay Creed didapati bersalah melakukan perbuatan itu terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun pada tahun lalu.

Selepas mengenalinya menerusi permainan video popular Fortnite, dia menghantar video lucahnya kepada kanak-kanak itu.

Malah, dia turut mengajar kanak-kanak itu cara melakukan onani.

Perbuatan itu bagaimanapun berjaya dihidu ibu kanak-kanak berkenaan selepas dia melihat sendiri bukti mesej perbualan mereka dalam sebuah telefon bimbit.

Pendakwa kes, Felicity Payne memperincikan bahawa kes itu berlaku antara Ogos sehingga Oktober tahun lalu.

Lelaki dari Porthcurno, dekat Penzance, Cornwall itu mengaku bersalah atas dua tuduhan yang dibacakan dan dia dijatuhkan hukuman penjara 13 tahun. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain