suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas dihalang terima suntikan vaksin Covid-19 secara drive-thru kerana datang dengan motosikal

Dia diarah pulang semula dan datang menggunakan teksi jika mahu menerima suntikan.

TIDAK masuk akal.

Mungkin itulah ungkapan sesuai untuk menggambarkan apa yang dilalui oleh lelaki warga emas berusia 61 tahun ini.

Dakwa John Cooper, dia dihalang menerima suntikan vaksin Covid-19 secara pandu lalu.

Alasannya hanya kerana datang dengan menaiki motosikal.

Menerusi kejadian di Carmarthen, Wales, pada bulan lalu, dia diarah pulang semula dan datang menggunakan teksi jika mahu menerima suntikan.

Kecewa dengan layanan itu, dia akhirnya membuat tempahan untuk melakukan saringan di tempat lain. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain