suria

Pusat jagaan didakwa amal layanan bersifat perkauman, kanak-kanak kulit hitam terpaksa tunggu sebelum dibenarkan makan

Tangkapan skrin daripada video yang memaparkan kanak-kanak kulit hitam terpaksa menunggu makanan mereka. Foto: Dailystar

SEBUAH pusat jagaan, Kids 'R' Kids di Roswell, Georgia dituduh mengamalkan layanan bersifat perkauman apabila kanak-kanak kulit putih diberi makanan lebih awal berbanding kanak-kanak kulit hitam.

Menurut ibu bapa yang mendakwa menonton insiden tersebut menerusi video penstriman secara langsung (live streaming), jelas kelihatan kanak-kanak berkulit hitam terpaksa menunggu makanan mereka dihidangkan.

Bapa kepada seorang kanak-kanak turut mendakwa dia melihat insiden tersebut ketika membuat pendaftaran masuk untuk anaknya yang berusia dua tahun di pusat jagaan berkenaan, dan segera merakam video.

"Kelihatan mereka (staf) melewatkan untuk menghidang makanan kepada kanak-kanak kulit hitam.

"Semua kanak-kanak berkulit putih menikmati makanan tengah hari mereka, sementara kanak-kanak berkulit hitam harus menunggu," demikian dakwa bapa tersebut, Adryan McCauley.

Selepas rakaman itu menjadi tular, pengurusan Kids 'R' Kids berkata pihaknya telah menghentikan operasi pusat jagaan di Roswell, dan memutuskan ia beroperasi secara bebas.

"Kami meminta maaf kepada keluarga, masyarakat dan semua yang terkesan dengan situasi ini dan akan menjadikannya sebagai pengajaran buat kakitangan Kids 'R' Kids mengenai pentingnya meraikan kepelbagaian," demikian kenyataan yang dikeluarkan pengurusan pusat jagaan tersebut. - Dailystar

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain