suria

Influencer bikin pengikut kagum dengan foto bersama ‘ular’, ada yang takut tengok

Ben bergambar bersama seekor ular. foto The Bakeking/Instagram

SEORANG influencer di Instagram, Ben Cullen membuatkan pengikutnya kagum dengan fotonya bersama 'seekor ular'.

Namun, Ben mungkin tidak berani seperti yang difikirkan.

Ini kerana haiwan reptilia itu sebenarnya adalah kek.

Ben yang digelar sebagai The Bakeking, dikenali dengan kepakarannya membuat kek yang kelihatan seperti makanan dan objek yang realistik.

Dan tiada perbezaan bagi rekaannya yang terbaharu.

Menerusi satu foto, Ben bergambar bersama kek ular di tangannya.

Sebahagian daripada lebih 305,000 pengikut Instagram Ben tidak mempercayai rupa ular tersebut.

Ada pengikut yang mengatakan ia terlalu 'cantik', manakala yang lain mengakui takut melihatnya. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

influencer, Instagran, Ben Cullen, ular, kek,

Artikel Lain