suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enggan pakai pelitup muka, lelaki maut dijangkiti Covid-19 selepas keluar lepak dengan kawan

Dia sebelum ini menganggap Covid-19 sebagai satu konspirasi kerajaan semata-mata.

SEORANG lelaki yang tidak menghiraukan pandemik Covid-19 akhirnya maut akibat dijangkiti virus itu.

Sebelum ini, dia enggan memakai pelitup muka dan kerap kelaur melepak bersama kawan tatkala ramai insan lain duduk di rumah bagi mengurangkan risiko jangkitan.

Gary Matthews yang berasal dari Shrewsbury, Shropshire, England disahkan positif wabak itu sebelum meninggal dunia pada 13 Januari lalu.

Berusia 46 tahun, dia sebelum ini menganggap Covid-19 sebagai satu konspirasi kerajaan semata-mata.

Difahamkan, dia menyangka dirinya terkena serangan asma sebelum disahkan positif wabak itu. - Mirror.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain