suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita kecewa, suami tak suka wajahnya kosong tanpa mekap

Kata wanita itu, mereka sudah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai dua cahaya mata.

LAIN manusia lain ragamnya.

Terbaharu, tular perkongsian luahan seorang wanita yang mendakwa memiliki suami yang cerewet.

Kata wanita itu, suaminya tidak suka seandainya dia tidak mengenakan sebarang solekan wajah.

Malah, dia mendakwa suaminya yang berusia mahu dia mengenakan mekap setiap hari.

Luahan wanita itu disiarkan menerusi satu kolum dalam talian.

Kata wanita itu, dia penat perlu bersiap kemas setiap hari dan enggan memakai mekap pada hari cuti.

Namun, suaminya memberi komen bahawa dia kelihatan tidak seksi tanpa mekap di wajah.

Dedah wanita itu lagi, mereka sudah berkahwin selama 22 tahun dan mempunyai dua cahaya mata. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain