suria

Hari bahagia bertukar duka, pengantin tumpah air mata terima kek kahwin buruk

Kek yang diminta (kanan) dan kek yang diterima (kiri).

SELAIN pasangan pengantin, majlis kahwin juga pastinya diserikan dengan upacara memotong kek.

Untuk hari bahagia, pasangan pengantin biasanya akan menempah kek dengan dekorasi indah bagi diabadikan sebagai kenangan detik indah itu.

Namun, lain pula ceritanya melibatkan seorang pengantin perempuan ini apabila dia kecewa menerima kek kahwin yang buruk.

Tidak mendedahkan identiti, pengantin itu berkongsi video di aplikasi TikTok sehingga mencuri perhatian ramai.

Malah, dia turut menangis dalam video itu.

Selain itu, dia turut berkongsi foto kek asal yang ditempah dengan kek sebenar yang diterimanya pada hari kejadian.

Sehingga kini, ia menerima lebih 60,000 tontonan di TikTok. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain