suria

Gadis lari rumah diculik sewaktu tunggu bas, jadi mangsa rogol selama 22 hari

Seorang suspek sudah ditahan manakala seorang lagi masih diburu.

SEORANG gadis yang melarikan diri dari rumah menjadi mangsa culik sebelum dirogol dua lelaki selama 22 hari.

Berlaku di Cuttack, India, dia pada waktu itu menyesali perbuatannya yang lari dari rumah dan sedang menunggu bas untuk pulang semula.

Namun, seorang lelaki tampil mahu menghulurkan bantuan sebelum dia dibawa menaiki motosikal ke lokasi tidak dikenali.

Dia dikurung dan menjadi mangsa nafsu dua lelaki tersebut.

Lebih malang, aksi jijik itu turut dirakam dan dua suspek mengugut akan membunuh mangsa dan memuat naik video ke internet sekiranya dia melarikan diri.

Dia bagaimanapun berjaya diselamatkan selepas polis menyerbu kediaman itu pada Isnin lalu.

Ujar polis, seorang suspek sudah ditahan manakala seorang lagi masih diburu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

culik, rogol, ugut, lari rumah

Artikel Lain