Saintis muda meninggal dunia, tali terputus sewaktu daki gunung bersama teman lelaki

Kes pada 2018 itu kembali diperkatakan selepas inkues dijalanlan baru-baru ini.

SEORANG saintis muda maut apabila tali yang digunakannya terputus sewaktu mendaki sebuah gunung di New Zealand.

Kejadian melibatkan Lauren Worell, 28, berlaku sewaktu dia memanjat gunung dan terjatuh pada ketinggian 121 meter pada Ogos 2018.

Kes itu bagaimanapun kembali diperkatakan selepas inkues mengenainya dijalankan baru-baru ini.

Sewaktu kejadian, dia mendaki gunung bersama teman lelakinya, Richard Graham.

"Dia mendengar jeritan dan berhenti apabila menyaksikan peristiwa itu.

"Dua pendaki berdekatan turut mendengar bunyi tali terputus dan sesuatu terhempas diikuti jeritan pendek," kata seorang koroner dalam inkues berkenaan.

Menurut inkues itu lagi, mangsa mempunyai tiga tahun pengalaman sebagai pendaki.

Dalam inkues terbaharu itu, mereka membincangkan kemungkinan mangsa terjatuh disebabkan kegagalan sistem tali yang digunakan. - Daily Star.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

saintis, Lauren Worell, maut, jatuh gunung

Artikel Berkaitan

Artikel Lain