suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat produksi Jepun cipta 'hiburan' aneh untuk rakyat legakan stres akibat Covid-19, baring di keranda sambil dikelilingi zombi!

Mereka yang mahu mengambil bahagian akan dibaringkan dalam keranda sambil dikelilingi zombi. Foto: Reuters

PANDEMIK Covid-19 yang menyerang seluruh dunia meninggalkan impak yang besar kepada setiap individu.

Menyedari kebanyakannya stres gara-gara wabak berkenaan, sebuah syarikat produksi di Jepun menawarkan 'hiburan' kepada mana-mana individu yang berhasrat mahu melepaskan tekanan.

"Pandemik ini memberi tekanan, dan kami berharap orang mendapat sedikit kelegaan dengan menjerit," kata Kenta Iwana, koordinator syarikat produksi Kowagarasetai atau 'Scare Squad'.

Menerusi 'hiburan' berkenaan, mereka yang mengambil bahagian akan berbaring di keranda sambil dikelilingi oleh 'zombi' yang mengerikan.

Dengan melabur beberapa yen, mereka akan ditakutkan selama 15 minit oleh zombi-zombi berkenaan. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

zombi, hiburan aneh, stres, Covid-19, Jepun

Artikel Lain