suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Campak kerusi dari tingkat 45, Instafamous terlepas hukuman penjara

Marcella Zoia mencampak kerusi dari tingkat 45 apartment. Foto Facebook/ Lisa Calderon

SEORANG instafamous berusia 20 tahun mencetuskan kontroversi apabila dirakamkan mencampak sebuah kerusi dari tingkat 45 sebuah apartment.

Marcella Zoia mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku yang boleh membahayakan nyawa selepas video di akaun Instagramnya tular tahun lalu.

Rakaman menunjukkan influencer yang ketika itu berusia 19 tahun, memandang tepat ke arah kamera sebelum mengangkat sebuah kerusi kayu dan mencampakkannya ke bawah dari balkoni.

Kejadian dirakamkan dekat Lebuhraya Gardiner, salah satu jalan paling sibuk di Toronto, Kanada.

Kerusi yang dicampak itu terkena sebuah lori sebelum jatuh di tengah jalan.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Pendakwa di Kanada mengatakan bahawa aksi itu membahayakan nyawa dan menuntut supaya hukuman dikenakan penjara enam bulan.

Bagaimanapun, instafamous yang mempunyai lebih 60,000 pengikut itu, sebaliknya didenda $2,000 CAD (RM6,342) dan dikenakan perintah 150 jam melakukan khidmat masyarakat serta percubaan selama dua tahun.

Perbicaraan hukuman sebelum ini ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Marcella Zoia, Instafamous,

Artikel Lain