suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa letusan gunung berapi melecur teruk, akui trauma selepas kehilangan 2 ahli keluarga

Mangsa turut kehilangan dua ahli keluarga dalam kejadian pada Disember lalu.

SEORANG mangsa kejadian letusan gunung berapi tampil berkongsi foto terbaharu dirinya.

Stephanie Browitt, 23, dari Melbourne, Australia merupakan salah seorang mangsa dalam kejadian di sebuah gunung berapi di New Zealand pada Disember tahun lalu.

Dia melecur 70 peratus pada badan manakala bapa dan kakaknya meninggal dunia dalam kejadian itu.

Ujar Stephanie, kakaknya maut sejurus kejadian berlaku manakala bapanya meninggal dunia beberapa bulan kemudian.

Dalam kejadian sama Stephanie turut kehilangan sebahagian jarinya.

Mengakui trauma, dia bagaimanapun kini berjaya mengumpul kekuatan untuk berkongsi kisahnya dengan orang ramai.

Untuk rekod, gunung yang terletak di White Island di Maori itu menerima lebih 10,000 pengunjung setiap tahun biarpun diketahui wujudnya risiko berlaku letusan. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain