suria

Padah main kejar-kejar, suami isteri terpaksa bayar RM270,000 selepas anak pecahkan istana kaca di muzium

Sepasang suami isteri terpaksa membayar ganti rugi selepas anak-anak mereka tidak sengaja memecahkan istana kaca di muzium. Foto AsiaWire/Shanghai Glass Museum

SEPASANG suami isteri malu apabila anak-anak mereka secara tidak sengaja memusnahkan tugu istana Disney bernilai £50,000 (RM270,000).

Mereka memberitahu muzium berkenaan supaya menghantar bil untuk bayaran ganti rugi.

Ketika kejadian, keluarga berkenaan mengunjungi Muzium Kaca Shanghai di China.

Bagaimanapun, ia strukur sehingga pecah berderai selepas anak-anaknya bermain kejar mengejar di sekitar pameran, dan memanjat tembok penghadang.

Istana Fantasi merupakan istana kaca terbesar di dunia yang dicipta oleh pembuat kaca Sepanyol, Miguel Arribas.

Penghasilannya berdasarkan Istana Cinderella yang ikonik di Walt Disney World Resort.

Memetik laporan Mirror Online, struktur itu seberat 60 kilogram, dengan menaranya diperbuat daripada emas 24 karat. - Daily Star



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

muzium, istana kaca, Disney, Cinderella,

Artikel Lain