suria

Van hampir tenggelam kerana air pasang, lelaki sanggup berenang demi selamatkan sekotak rokok

Kejadian berlaku di pantai Yorkshire utara, England pada Isnin lalu.

SEORANG lelaki tidak berbaju berenang ke arah sebuah van yang sedang ditenggelami air di sebuah pantai sebelum kembali ke darat dengan sekotak rokok.

Ia ternyata mengejutkan pelancong yang berada di lokasi itu sewaktu melihat kegigihan lelaki berkenaan yang sanggup mengambil risiko demi sekotak rokok.

Kejadian itu berlaku di pantai Yorkshire utara, England pada Isnin lalu.

Menurut saksi, van itu tiba di pantai berkenaan dengan membawa treler dan sebuah bot.

Diletakkan di kawasan pantai, ia kemudiannya mula tenggelam dek air pasang di kawasan tersebut.

Sebuah traktor turut dipanggil ke pantai itu untuk menarik van berkenaan kembali ke darat, namun gagal.

Pemilik van itu juga enggan ditemubual sewaktu ditemui oleh wartawan di pantai berkenaan.

Difahamkan, bot itu tidak hanyut dan akan dialihkan sejurus air pasang kembali surut. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pantai Yorkshire, van, rokok

Artikel Lain