suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah merayau jauh dari ibu bapa, budak 6 tahun hampir maut dibaham buaya

Mangsa kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan akibat kecederaan teruk yang dialami.

SEORANG budak lelaki berusia enam tahun hampir maut selepas diserang seekor buaya di Mexico.

Menerusi kejadian di sebuah pantai di perairan Guerrero, mangsa dan kakaknya sedang merayau jauh dari pandangan ibu bapa mereka sebelum kejadian itu berlaku.

Kemudiannya, mereka menghampiri satu kawasan yang menjadi habitat semulajadi buaya sebelum mangsa dibaham oleh seekor buaya betina.

Menurut saksi, mangsa bermain di satu kawasan tidak berpagar sekaligus membuka ruang kepada buaya untuk menyerangnya.

Petugas hotel, pegawai penyelamat dan pelancong turut membaling batu ke arah buaya itu selama 10 minit agar mangsa dilepaskan.

Selepas puas bergelut, buaya itu bertindak melepaskan mangsa sebelum dia dikejarkan ke sebuah hopsital untuk diberi rawatan.

Malah, dia kini bergantung kepada bantuan pernafasan akibat kecederaan teruk pada badannya. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

buaya, Mexico, maut

Artikel Lain