suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Payung terjun gagal berfungsi, remaja pertama kali cuba ‘skydiving’ maut bersama jurulatih

Jeanna Renee Triplicat dan jurulatihnya meninggal dunia dalam kejadian pada Selasa lalu.

MALANG tidak berbau.

Begitulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan nasib seorang remaja perempuan berusia 18 tahun apabila dia maut dalam aktiviti luncur udara.

Menerusi kejadian di Amerika Syarikat pada Selasa lalu, Jeanna Renee Triplicat maut bersama jurulatihnya, Nick Esposito apabila payung terjun mereka gagal berfungsi.

Menurut bapa mangsa, Joey Triplicat, dia bersama ahli keluarga yang lain menjadi saksi bagaimana payung terjun itu hilang kawalan namun tidak menyangka ia akan berlaku terhadap anaknya.

"Ia hari paling teruk dalam hidup kami. Rasa tak percaya.

"Kami akan merindui dia sepanjang hayat kami," ujarnya.

Difahamkan, payung terjun itu gagal berfungsi selepas mereka terjun dari sebuah pesawat.

Malah, payung terjun kecemasan pula lewat dibuka sehingga mereka berada pada altitud rendah sekaligus menjadi punca kejadian ngeri itu. - Philippine Daily Inquirer/Asia News Network.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain