suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pasangan Sindrom Down rai ulang tahun perkahwinan ke-25, detik lamaran sangat sweet!

Maryanne (kiri) dan Tommy meraikan ulang tahun perkahwinan mereka ke-25. Foto Caters News Agency

SATU pasangan suami isteri yang dilahirkan Sindrom Down menyambut ulang tahun perkahwinan mereka ke-25.

Maryanne, 49, dan Tommy Pilling, 62, dianggap sebagai pasangan suami isteri sindrom Down paling lama.

Mereka berkahwin pada 1995.

Pasangan yang berasal dari Southend-on-Sea, England itu meraikan hari istimewa mereka dengan menikmati makanan kegemaran pada 15 Julai.



Maryanne (janan) dan Tommy pada hari perkahwinan mereka. Foto Caters News Agency

Lindi Martin, yang merupakan penjaga Maryanne berkata, dia berharap kisah cinta mereka yang luar biasa itu menunjukkan bahawa semua kemungkinan boleh berlaku dengan cinta.

"Apa yang kami tahu, mereka kini merupakan pasangan suami isteri yang paling lama hidup dengan Sindrom Down," katanya.

"Kisah cinta mereka seperti kisah dongeng - mereka sangat cinta dan kagum antara satu sama lain," tambahnya.

Tommy melamar Maryanne selepas bercinta selama 18 bulan, menggunakan cincin mainan daripada mesin layan diri.

Kejutan itu dibuat Tommy setelah mendapat keizinan daripada ibunya Linda. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain