suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah paksa gelandangan jilat mangkuk tandas awam, bekas pegawai polis meringkuk empat tahun dalam penjara

Rabago dipenjara empat tahun gara-gara menyuruh seorang gelandangan menjilat mangkuk tandas, dua tahun lalu. Foto: AP/KHON

GARA-GARA memaksa seorang gelandangan menjilat mangkuk tandas awam, seorang bekas pegawai polis dijatuhkan hukuman penjara selama empat tahun oleh sebuah mahkamah di Honolulu, Hawaii.

John Rabago didakwa memaksa Samuel Ingall, seorang gelandangan berusia 37 tahun, menjilat mangkuk tandas pada Januari 2018.

Ketika kejadian, pegawai polis itu bersama rakan sepasukannya, Reginald Ramones menerima aduan orang ramai berkaitan satu insiden gangguan di sebuah tandas awam, iaitu lokasi dia menemui Ingall.

Rabago memberitahu Ingall bahawa satu-satunya cara dia terlepas daripada diberkas adalah dengan menjilat air kencing di mangkuk tandas.

Awal tahun ini, Ingalls mengemukakan tuntutan sivil terhadap kedua-dua pegawai polis itu kerana menyebabkan gangguan emosi dan beberapa kesalahan lain.

"Anda mengambil satu-satunya perkara berharga miliknya iaitu martabatnya sebagai manusia," kata Hakim, Leslie Kobayashi kepada Rabago. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain