Simbah anak dengan air panas hingga mati, pasangan suami isteri dipenjara 27 tahun

Ridzuan dan Azlin dihukum penjara 27 tahun selepas didakwa membunuh anak lelaki mereka pada 2016.

PASANGAN suami isteri yang menyimbah anak lelaki mereka berusia lima tahun dengan air panas sehingga meninggal dunia dijatuhi hukuman penjara 27 tahun pada Isnin.

Ridzuan Mega Abdul Rahman, 28, diperintah menjalani hukuman penjara selama 27 tahun dengan 24 sebatan.

Isteri Ridzuan, Azlin Arujunah, 28, juga menerima hukuman penjara bagi tempoh yang sama tetapi dikenakan hukuman penjara tambahan selama setahun sebagai pengganti hukuman sebat, lapor Straits Times.

Pasangan itu menyimbah anak mereka dengan air panas sebanyak empat kali antara 15 dan 22 Oktober 2016 di sebuah rumah flat didiami mereka dekat Toa Payoh, Singapura.

Mangsa dibawa ke hospital selepas tidak sedarkan diri semasa kejadian kali keempat.

Kanak-kanak itu meninggal dunia akibat kecederaan parah yang dialaminya selepas melecur 75 peratus di badannya pada 23 Oktober 2016.

Pasangan tersebut turut melakukan beberapa penderaan lain terhadap mangsa termasuk mengurungnya di dalam sangkar haiwan.

Mangsa turut dipukul dengan penyapu manakala tapak tangannya juga melecur selepas ditekap dengan sudu panas.

Pasangan tersebut yang tidak bekerja didakwa melakukan pembunuhan itu dengan niat untuk mendatangkan kecederaan terhadap anak mereka. - Xinhua

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain