Tular janda anak satu tawar pakej istimewa jual rumah, kahwin pembeli

Rumah Metha yang akan dijual. Foto Bangkapos.com/Andini Dwi Hasanah

POSTING seorang wanita muda yang menyatakan hasratnya untuk menjual rumahnya tiba-tiba tular di media sosial dalam tempoh beberapa jam.

Malahan ia mendapat perhatian ramai dengan deretan komen kerana wanita itu bukan sahaja mahu menjual rumahnya, tetapi juga bersedia untuk menikahi si pembeli kediaman miliknya itu.

Posting dengan kapsyen "Dijual Rumah+tanah siap huni+ isteri jika jodoh" itu juga tersebar di pelbagai grup WhatsApp

Wanita itu, Metha Kanzul pernah bernikah sebelum ini dan kini berstatus janda serta mempunyai seorang anak lelaki berusia empat tahun.

Metha berasal dari daerah Mesu, Bangka Tengah di Kepulauan Bangka Belitung.

"Ya betul, saya mahu jual rumah," demikian katanya kepada Kompas.com di Pangkalpinang.

Katanya lagi, jika pembeli rumah ada jodoh dengan dirinya, maka dia juga bersedia untuk sekali lagi melangkah ke alam perkahwinan.

"Jika baik agama dan akhlaknya, dapat bimbing Metha dan anak saya ke jalan lebih baik," kata wanita berhijab berusia 30 tahun itu mengenai hasrat untuk menikahi pembeli rumahnya itu.

Rumah yang ditawarkan Metha itu terletak di Air Mesu Timur dengan ukuran lebar 12 meter dan panjang 24 meter.

Harga rumah yang ditawarkan itu adalah Rp 185 juta (RM54,800).

"Nanti jika terjual mahu tinggal di rumah orang tua di kebun. Di sana ada rumah, selama ini emak tinggal di sana jadi terpisah-pisah," kata Metha. - Kompas



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

janda, rumah, kahwin, Metha Kanzul,

Artikel Berkaitan

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Artikel Lain