suria

Penumpang dihalau keluar bas selepas batuk, lap ‘sesuatu’ pada tempat duduk

Rakaman menunjukkan seorang penumpang batuk ketika memakai topeng muka di bawah dagu. Foto Rachel Fagan

SEORANG pemandu bas dipuji kerana mengusir seorang penumpang yang dikesan batuk dengan mengelap sesuatu pada tempat duduk.

Penumpang itu didapati mengelap sesuatu yang berwarna coklat kemerahan.

Satu rakaman yang diambil oleh penumpang bas nombor 10A itu menunjukkan seorang lelaki batuk, sebelum pemandu mengarahkannya keluar dari pengangkutan awam itu.

Lelaki itu mempersoalkan tindakan pemandu tersebut dan jawapan yang diberikan ialah: "Sebab kamu tak pakai topeng muka, ia diletakkan di bawah dagu. Dan kamu batuk beberapa kali, saya tak boleh terima."

Penumpang berkenaan kemudian mengesatkan tangannya ke poket seluar dan berjalan ke ruang pemandu.

"Bas tidak akan bergerak selagi kamu tidak turun," kata pemandu itu.

Penumpang itu bagaimanapun enggan berbuat demikian.

Ia menyebabkan pemandu berkenaan berang dan menjerit mengarahkan penumpang tersebut keluar dari bas.

Penumpang-penumpang lain turut memintanya keluar sebelum lelaki itu turun dari bas sambil menunjukkan jari tengah kepada pemandu. - Daily Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penumpang, bas, pemandu, batuk, topeng muka,

Artikel Lain