suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah anjur parti hari lahir anak, 17 tetamu dijangkiti Covid-19

Sehingga kini, 17 individu dari parti itu disahkan positif Covid-19.

BIARPUN kes Covid-19 masih belum berakhir, ramai yang degil dan enggan mengikuti segala saranan kerajaan.

Terbaharu, seroang wanita di Jharsuguda, Odisha, India, mengajurkan sambutan hari lahir anaknya.

Akibatnya, 17 tetamu kini dijangkiti Covid-19.

Wanita itu bersama keluarganya pulang dari Gurugram pada 6 Jun dan perlu menjalani sesi kuarantin 14 hari.

Namun, dia tidak menghiraukan arahan itu dengan menganjurkan acara sambutan hari lahir.

Wanita itu sendiri diuji positif pada 15 Jun.

Sehingga hari ini, 17 individu lain turut disahkan positif.

Malah, pihak berkuasa kini masih menjalankan pengesanan kontak rapat kes tersebut.

Kawasan itu juga sudah diisytiharkan sebagai zon bahaya akibat kes berkenaan. - India Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

parti hari lahir, Covid-19, India

Artikel Lain