suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 8 tahun temui senapang berisi peluru ketika bermain di luar rumah

Seorang kanak-kanak menemui selaras senapang yang dimuatkan dengan peluru semasa bermain di luar rumah. Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun menemui selaras senapang berisi peluru.

Penemuan mengejutkan itu ketika budak tersebut sedang bermain di luar rumah.

Dalam kejadian di Liverpool, United Kingdom pada Ahad, senapang tersebut ditemui berdekatan penjana eletrik.

Polis menerima panggilan pada kira-kira pukul 2.20 petang waktu tempatan dan bergegas ke lokasi kejadian di Knotty Ash, Merseyside.

Kanak-kanak itu bernasib baik apabila senjata tersebut terus diberikan kepada neneknya, yang kemudian membuat panggilan kecemasan.

Menurut Ketua Polis Merseyside, Inspektor Peter Cark, kanak-kanak tersebut bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya menggesa kepada sesiapa yang melihat seseorang yang disyaki mencurigakan, supaya menghubungi kami.

"Adalah tidak selamat untuk mengendalikan, menyimpan, menggunakan atau menyembunyikan senjata," katanya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

senapang, peluru,

Artikel Lain