suria

Dikecam teruk jiran, isteri pesakit Covid-19 ancam bakar rumah sendiri

Penduduk setempat tidak mahu jenazah pesakit Covid-19 dikebumi di kawasan mereka, hingga terpaksa digali semula dalam kejadian di Lampung, Indonesia.

ANGGAPAN bahawa jangkitan koronavirus sesuatu tragedi mengaibkan telah menjadi impak sosial yang sukar dinafikan.

Stigma itu menyebabkan kalangan ahli keluarga pesakit positiv Covid-19 dipinggirkan dan dipandang serong sebagai pembawa aib oleh masyarakat setempat.

Malah satu satu keluarga pesakit positif virus itu di Lampung mengancam untuk membakar rumahnya lantaran dikecam jirannya.

Perkara itu didedahkan Ketua Jabatan Kesihatan Lampung, Reihana.

"Akibat dikecam teruk jirannya, isteri kepada pesakit Covid-19 mengancam mahu membakar rumahnya," kata Reihana mengenai kawasan di selatan Sumatera itu.

Komuniti setempat akan bertindak sendiri melarang keluarga pesakit supaya tidak keluar rumah walaupun mereka perlu keluar untuk membeli barang keperluan dan terus dipinggirkan.

Katanya, bertitik tolak daripada peristiwa itu, pihaknya lebih berhati-hati dan cuba untuk tidak menghebahkan data peribadi pesakit Covid-19.

Meletakkan faktor kurangnya pendidikan dan kesedaran bahawa pesakit Covid-19 masih boleh disembuhkan bukannya sesuatu mengaibkan, Reihana berkata, pihaknya akan lebih peka selepas ini.

Sebelum ini dilaporkan jenazah warga Lampung yang disahkan positif virus itu terpaksa digali dari kubur kerana tidak dibenarkan penduduk setempat.

Akibat itu, jenazah hanya dapat dikebumikan dua hari selepas meninggal dunia.-kompas.com

Lampung, Covid-19, Reihana

Artikel Lain