suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakaman lelaki bersayap terbang di ruang udara Arizona cetus pelbagai teori konspirasi

Paparan skrin rakaman tular yang diambil pada 22 Mac lalu di Arizona.

SATU rakaman aneh memaparkan seperti seorang manusia bersayap sedang terbang di ruang udara Phoenix, Arizona ternyata mencetuskan perdebatan ramai.

Rakaman itu bermula dengan objek berwarna hitam yang kelihatan di langit.

Selepas merakam menggunakan fungsi zoom, ia kelihatan seperti seorang lelaki, memiliki dua kaki dan bersayap.

Ia kemudiannya dikongsi oleh pelayar Youtube Ballee118 yang mendakwa dirakam pada 22 Mac lalu.

Video itu sehingga kini menerima lebih 2,000 tontonan sejak dikongsi.

Malah, ramai netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai video itu.

Malah, ada yang mendakwa ia merupakan tentera yang menggunakan teknologi tertentu untuk terbang di langit. - Daily Star.

Artikel Lain