suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kanak-kanak hilang 2 hari dalam hutan, selamat dijaga seekor anjing

Mangsa bersama anjing peliharaan keluarganya.

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun ditemui selamat selepas dua hari hilang di dalam hutan.

Evelyn Vadie bagaimanapun ditemui semula dan berada dalam jagaan seekor anjing peliharaan keluarganya yang dikenali sebagai Lucy.

Penemuan di satu kawasan hutan di Auburn, Alabama, Amerika Syarikat itu diumumkan oleh pihak berkuasa pada Jumaat.

"Kami mendengar salakan anjing. Anjing itu bersama mangsa sepanjang masa.

"Ia melindungi kanak-kanak itu," ujar salah seorang pasukan misi menyelamat itu.

Mangsa dilaporkan hilang pada Rabu lalu sewaktu keluar berjalan dengan anjingnya.

Dia dipercayai keluar tanpa pengetahuan pengasuhnya.

Kata polis, maklumat lanjut kes itu akan diumumkan tidak lama lagi. - The Sun.

anjing, hutan, kanak-kanak hilang

Artikel Lain