suria

Hasil tak tepat, Sepanyol pulangkan kit ujian Covid-19 yang dibeli dari China

Kementerian Sepanyol berkata pihaknya akan menarik balik kit yang menunjukkan keputusan yang salah dan akan menggantikannya dengan kit ujian yang berbeza yang disediakan oleh Shenzhen Bioeasy. foto: Getty.

CHINA akan menggantikan beberapa kit ujian Covid-19 yang dieksport ke Sepanyol selepas kerajaan negara itu menganggap peralatan itu menunjukkan keputusan tidak tepat untuk digunakan bagi mendiagnosis pesakit.

Kementerian Kesihatan, Hal Ehwal Pengguna dan Kebajikan Masyarakat Sepanyol dalam satu kenyataan berkata kit ujian yang dibekalkan oleh syarikat Shenzhen Bioeasy telah rosak dan gagal untuk mendiagnosis dengan betul apabila ujian dibuat di hospital.

Menteri Kesihatan Sepanyol Salvador Illa, awal minggu ini mengumumkan bahawa negara itu telah membeli bekalan perubatan dari China bernilai AS$467 juta, termasuk 950 ventilator, 5.5 juta kit ujian, 11 juta sarung tangan dan lebih dari setengah bilion topeng muka.

Perkara ini timbul ketika China dilihat cuba untuk mengambil alih kuasa Amerika di Eropah semasa krisis koronavirus, dengan pegawai-pegawai awam China mendakwa virus yang dikatakan berasal dari negara itu berpunca dari beberapa negara lain termasuk Amerika.

Shenzhen Bioeasy dalam satu kenyataan berkata keputusan salah itu mungkin berlaku disebabkan kegagalan mengumpul sampel atau menggunakan kit dengan betul.

Firma itu berkata komunikasi tentang cara penggunaannya kit itu tidak dapat disampaikan secukupnya dengan pelanggan.

Kit ujian yang dibekalkan oleh syarikat Shenzhen Bioeasy telah rosak dan gagal untuk mendiagnosis dengan betul apabila ujian dibuat di hospital.

Kementerian Sepanyol berkata pihaknya akan menarik balik kit yang menunjukkan keputusan yang salah dan akan menggantikannya dengan kit ujian yang berbeza yang disediakan oleh Shenzhen Bioeasy.

Wabak itu telah mengorbankan lebih 4,000 pesakit di Sepanyol sehingga Khamis, melepasi angka kematian di China dan menjangkiti lebih dari 50,000 orang.

Sementara itu, penganalisis hal ehwal asing berkata China menggunakan wang, peralatan perubatan dan pasukan doktor serta jururawatnya untuk bersaing dengan Amerika.

Ini kerana kerana sekutu-sekutu tradisi Amerika seperti Sepanyol, Itali dan Perancis beralih ke China untuk mendapatkan bantuan bekalan perubatan yang sangat diperlukan.

“China mencipta racun dan menjual penyelesaiannya,” kata pakar hal ehwal luar negara Gordon Chang kepada Fox News.

Sejak awal Mac, China dan media negara itu menganggap bahawa virus pembunuh itu mungkin berasal dari tempat lain, terutamanya Amerika Syarikat.

Laporan siasatan WHO pada Februari menyimpulkan bahawa virus itu berasal dari pasar hidupan liar di Wuhan, wilayah Hubei, pada November. - Daily Mail

kit ujian, Covid-19, China, Sepanyol